"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)

Keliru




Sekali lagi
Perasaan yang dulu kembali
Ku ingat perkara itu pergi tiada kembali
Harini, ia menyapaku
Mengujiku 
Ku buntu

Aku takut sekali
Bukan apa, takut ia datang dan pergi
Pergi tinggalkan aku sakit sendirian seperti dahulu
Aku tidak mahu sakit itu 
Pedih sakit itu lama untuk pulih
Rasanya perit sungguh

Bezanya kali ini
Perkara itu datang bersama insan lain
Insan ini tidak seperti yang lepas, sungguh lain
Hati ini
Tertarik padanya
Dahulu yang tertutup rapat, luas terbuka

Tetapi, aku takut
Terlalu takut
Takut kau bukan untukku
Takut kisah dahulu kembali
Ku terperangkap dengan kisah dahulu
Sama ada menerima perasaan ini
Atau biarkan ia pergi tanpa perlu disapa

Keliru
Sama ada teruskan atau lupakan
Dihimpit kisah silam dan perasaan
Tidak tahu mana satu jalan yang ku harus pilih
Buntu
Tiada Jawapan......
Bantuku Ya Allah 


‎07 ‎Mac ‎2014
01:04  A.M

No comments:

Post a Comment