"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)

Jangan Bersedih!



             Manusia mana yang tidak pernah susah. Manusia mana yang tidak pernah jatuh. Manusia mana yang tiada masalah. Tiada seorang manusia pun yang terkecuali dari menghadapi masalah dalam hidupnya. Malah, setiap detik pasti kita akan sering didatangi dengan pelbagai persoalan serta masalah hidup.

            Kadangkala dugaan yang datang pada kita terlalu berat rasanya. Kita rasa seolah-olah kita tidak mampu mengharungi masalah tersebut. Kita rasakan seolah-olah hidup ini sudah berakhir. Hidup ini kosong. Tetapi, dimanakah anda sekarang? Adakah anda sudah putus asa yang amat sangat? Adakah anda sudah tiada lagi di dunia ini? Tidak bukan? Anda sudah berjaya mengharungi masalah tersebut kan?

                Ingat ! sesungguhnya Allah swt itu tidak pernah menguji hambaNya luar dari kemampuan mereka. J
         "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'"


(Surah al-Baqarah ayat 286)

                Kita contohi Rasulullah saw. Lihat bagaimana ketabahan Rasullulah dalam menyampaikan risalah-risalah Allah. Walaupun dihina kaum musyrikkin, baginda tetap tabah dan teruskan menyampaikan tanpa rasa penat atau jemu. Samalah seperti kita, jangan pernah rasa jemu atau bosan dalam mengharungi ujian Allah swt. Jika perkara buruk menimpa kita, tu bukan bermakna Allah swt benci kita. Allah swt uji kita bermakna dia sayang akan kita. Dia tak nak kita pergi jauh dari Dia. Dia tak nak kita lupakan Dia. Dia nak dekatkan kembali kita pada Dia.

              Sesungguhnya Allah SWT itu maha mendengar lagi memahami isi hati hambaNya. Dia pendengar yang setia. Allah SWT akan mendengar segala rintihan, luahan dan keluhan hambaNya tanpa rasa jemu dan bosan. 24/7 Allah ada dengan kita. Sentiasa dekat dengan kita walaupun kita sering melupakan dia tika kita hanyut dalam keduniaan.. Kalau kita berada dalam kealpaan atau lalai, dia pasti akan berikan hidayah kepada kita untuk mengingatkan kita. Masa kita dalam keraguan, kekeliruan pasti Allah SWT akan berikan petunjuk yang terbaik untuk kita.

              Kita sebagai manusia tidak perlu malu untuk meluahkan segala masalah kita. Allah Maha Mendengar. Walaupun terkadang ada kata-kata yang segan untuk dituturkan dengan kata-kata, tapi Allah tak kesah. Tak perlu juga kita menyusun ayat-ayat yang gramatis. Sebab Allah swt tahu apa yang terpendam dalam hati kita tanpa perlu kita kata apa-apa.

 "Katakanlah, " Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya," Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Maha kuasa atas segala sesuatu."
(Ali 'Imran: 29).
 


            Setakat ini sahaja coretan saya pada hari ini. Maafkan saya jika terdapat salah dan silap saya.. 
            Yang baik datang daripada Allah swt, yang buruk datang daripada kelemahan saya sendiri..

ASSALAMUALAIKUM...




ALLAH MAHA BESAR

1 Jun 2013
02:00 AM.

No comments:

Post a Comment