"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – (al-Baqarah: 216)

Diriku yang baru


Usah disalahkan kenangan itu
Kenangan itu kau bina dahulu
Kenangan itu yang kau mahu
Lemas dalam ilusi cinta kau
Buta dan semakin jauh daripada yang Satu
 Yang memberi nasihat dikata cemburu

Kenangan itu mematangkan aku
Mendidik akan kehidupanku
Ku bukan seperti ini dahulu
Yang terjatuh walau dipandu
Tersesat dalam kelabu
Tercari-cari sinar yang satu

Ini diriku yang baru
Yang lama tinggal abu
Kini ku gagah memandu
Gagah ke arah tujuku.
Dicerahkan segala yang kelabu
Dipimpin sinar yang satu

Yang dulu biarkan dahulu
Mantapkan pada yang baru
Sentiasa Ingat pada yang Satu
Hala ditetapkan tuju yang satu
Tidak akan ku kembali pada yang dulu
Kini aku bangkit dan semakin maju

Peringatan buat diriku dulu
Tidak lagi akan ketemu kau
Tidak lagi pandang aku yang dulu
Kenangan dulu
Aku yang dulu
Biarkan berlalu


ALLAH MAHA BESAR

6 JUN 2013
01:40 A.M.

No comments:

Post a Comment